Adakah anda mencari maklumat tentang apakah private placement? Ya, anda berada di tempat yang betul. Sebelum ini adakah anda sudah melabur dalam hartanah, asb loan, bursa saham dan sebagainya? Jika ya, anda patut mempertimbangkan private placement dalam portfolio pelaburan anda, namun anda perlu faham dan study dengan teliti terlebih dahulu pelaburan private placement ini.
Private Placement
![]() |
Private Placement Malaysia |
Pelaburan private placement atau juga dikenali sebagai saham keutamaan adalah pelaburan di mana pelabur membeli unit lot saham private placement. Lot-lot saham private placement ini tidak sama seperti pemilikan saham biasa, kerana mereka hanya layak untuk menerima dividen sahaja.
Saham di bursa saham, membolehkan anda mengundi ahli lembaga pengarah, mendapat bonus dan juga dividen (jika ada) daripada syarikat. Jadi senang cakap, private placement ini hanya dapat dividen sahaja.
Kenapa Wujudnya Private Placement?
![]() |
private placement untuk kumpul modal |
Private placement wujud apabila syarikat memerlukan modal tambahan dan tidak menggunakan pinjaman bank atau mana-mana institusi kewangan atau mengapungkan saham syarikat melalui kaedah IPO.
Dengan mewujudkan tawaran saham private placement, syarikat tidak perlu berhutang dengan bank dan tidak perlu melepaskan peratusan pegangan syarikat melalui tawaran IPO.
Syarikat berniat mengekalkan pegangan milikan syarikat tapi bersedia berkongsi keuntungan melalui kaedah private placement dalam jangka masa pendek 2-3 tahun.
![]() |
share profit private placement |
Pihak syarikat hanya perlu menawarkan perkongsian keuntungan melalui dividen dalam tempoh yang terhad dan memulangkan semula modal tersebut kembali kepada pelabur setelah tempoh tamat (redeemable).
Bagaimana Nak Tahu Private Placement Yang Legit?
Sebenarnya tak susah. Yang penting anda perlu tahu bagaimana Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memberi perakuan (acknowledgment) kepada sesebuah syarikat untuk menawarkan private placement.
Private placement bukanlah boleh ditawarkan kepada orang ramai sesuka hati. Ia adalah pelaburan yang bersifat tertutup dan terpilih sahaja. Hanya mereka yang bertaraf Sophisticated Investor sahaja boleh melabur dalam private placement.
Ada 2 perkara yang menjadikan private placement itu legit:
1) Information Memorandum ataupun IM yang telah dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
![]() |
Information Memorandum Private Placement Suruhanjaya Sekuriti Malaysia |
2) Ditawarkan kepada Sophisticated Investor dengan pelaburan minimum RM250,000.00
![]() |
minimum pelaburan private placement |
Dengan melihat 2 perkara basic ni, anda dah boleh semak sendiri kesahihan private placement yang ditawarkan kepada anda.
Rujukan untuk guidelines daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagaimana syarikat perlu patuh sebelum diakui (acknowledge) untuk menawarkan private placement = <KLIK SINI>
Jenis-Jenis Private Placement
![]() |
jenis private placement saham keutamaan |
Terdapat 5 jenis private placement ataupun saham keutamaan. Sebelum anda melabur dalam private placement, pastikan anda faham jenis mana satu yang anda pilih. Ini akan menentukan bila dividen anda akan terima dan pilihan anda selepas tamat tempoh kontrak private placement.
1) Private Placement Kumulatif
![]() |
private placement jenis kumulatif |
Private Placement atau Saham keutamaan bukan kumulatif bermaksud, syarikat memberi hak kepada pemegang saham tersebut untuk menerima dividen pada kadar yang tetap mengikut kontrak perjanjian (jumlah lot private placement yang dibeli).
2) Private Placement Partisipatif
![]() |
private placement jenis partisipatif |
Saham Private Placement atau saham keutamaan ini membolehkan pemiliknya mendapat agihan dividen tambahan di samping dividen tetap yang diperolehinya setiap tahun sekiranya syarikat ada lebihan untung. Senang kata, dapat extra dividen ya. Dividen tambahan ini akan diberikan setelah pemegang saham biasa dan saham tertunda menerima dividen masing-masing (pemegang saham biasa dalam syarikat- bukan private placement). Saham ini bersifat kumulatif.
3) Private Placement Bukan Partisipatif
![]() |
private placement jenis bukan partisipatif |
Pemegang saham private placement atau saham keutamaan ini hanya menerima dividen yang tetap setiap tahun (seperti terma di dalam kontrak private placement sahaja) dan tidak boleh menerima dividen tambahan sekiranya syarikat memiliki lebihan untung.
4) Private Placement Boleh Tebus (Redeemable)
![]() |
private placement jenis boleh tebus |
Private placement atau Saham keutamaan boleh tebus bermaksud, pelabur membenarkan syarikat membeli semula saham tersebut dari pemegang saham pada suatu tarikh yang dinyatakan. Tarikh itu perlu dinyatakan semasa syarikat menerbitkan saham ini dan dipersetujui dalam kontrak. Dengan erti kata lain, duit modal pelabur dipulangkan semula dan kontrak mendapat dividen tetap tamat.
5) Private Placement Boleh Tukar
![]() |
private placement jensi boleh tukar |
Private placement atau Saham keutamaan jenis ini bermaksud, syarikat boleh memberikan hak kepada pemiliknya untuk menukarkan status saham private placement kepada saham biasa mengikut kadar pertukaran yang dinyatakan oleh syarikat. Tarikh untuk membuat pertukaran kelas saham ini juga ditetapkan oleh syarikat. Ini menjadikan taraf "hanya mendapat dividen" bertukar kepada hak pemilikan syarikat dan juga kuasa untuk mengundi dalam syarikat. Biasanya apabila lembaga pengarah berpuas hati dengan sokongan dan kesetiaan pelabur, syarikat sudi untuk menjemput pelabur bersama-sama dalam pemilikan saham syarikat.
JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:
✔
Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan?
Harap dapat beri pencerahan tentang private placement/preferences share.
✔ Sila Like Facebook kami https://www.facebook.com/islamicpreferenceshare
✔ Sila Lawati Youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=cZEMrE5fu2U&t=12s
0 Ulasan