Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Mengawalselia Permohonan Private Placement, Saham Keutamaan, iRPS, i-RPS, Preference Shares di Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) umumnya dikenali sebagai
sebuah badan yang mengawalselia aktiviti pasaran modal dan pelaburan di
Malaysia serta menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengannya.
Suruhanjaya sekuriti juga terlibat sebagai penasihat yang terlibat dalam
pembangunan pasaran modal Islam sejak tahun 1995. Suruhanjaya ini mempunyai
Majlis Penasihat Shariahnya yang tersendiri yang telah ditubuhkan pada 16 Mei
1996.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Mac
1993 di bawah Akta Perindustrian Sekuriti. Ia merupakan sebuah badan berkanun swabiaya
atau biaya kendiri yang diberi kuasa untuk melakukan penyiasatan serta penguatkuasaan
undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pasaran modal, termasuk
urusan pendaftaran dan perlesenan entiti, institusi atau individu yang
tertakluk di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia juga diberi kuasa dan
tanggungjawab untuk mentadbir akta-akta di bawah:
- Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
- Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991
Suruhanjaya ini dipertanggungjawabkan
membuat laporan terus kepada Kementerian Kewangan dan setiap tahun, laporannya
akan dibentangkan di Parlimen.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempunyai lima orang ahli Lembaga
yang telah dilantik oleh Menteri Kewangan. Mereka adalah:
![]() |
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia |
- Datuk Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Dato’ Wee Hoe Soon@ Gooi Hoe Soon
- Dr Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Makro), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
- Datin Rashidah Mohd Sies, Ketua Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan
Seperti yang dinyatakan dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti,
suruhanjaya ini berfungsi untuk:
- Memberi khidmat nasihat dan laporan kepada Menteri Kewangan berhubung semua perkara berkaitan pasaran modal
- Mengawal selia semua perkara berkaitan pasaran modal
- Menguatkuasakan undang-undang berkaitan sekuriti
- Mendaftar, mengeluarkan lesen dan memberi kebenaran beroperasi untuk individu atau syarikat yang terlibat dalam pasaran modal
- Mengawal selia aktiviti pengambilalihan dan percantuman syarikat
- Mengawal selia perkara- perkara berkaitan pengurusan dana, termasuk persaraan swasta dan skim unit amanah
- Membuat cadangan bagi pembaharuan serta penambahbaikan undang-undang sekuriti
- Membangunkan pasaran modal di Malysia dengan cara menyediakan latihan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang berkaitan
- Meningkatkan dan menggalakkan pengawalseliaan sendiri oleh persatuan profesional atau institusi pasaran dalam pasaran modal
- Mendaftarkan atau mengiktiraf semua juruaudit entiti kepentingan awam atau kumpulan dana jadual dan menjalankan pengawasan ke atas mana-mana individu yang menyediakan laporan berhubung maklumat kewangan entiti kepentingan awam atau kumpulan wang jadual, yang berkaitan dengan aktiviti pasaran modal
- Mengambil semua langkah yang wajar untuk memantau, mengurangkan dan mengurus risiko sistemik yang timbul daripada pasaran modal
- Menggalakkan dan mengawal selia tadbir urus korporat dan piawaian perakaunan yang diluluskan bagi syarikat-syarikat tersenarai; dan
- Menetapkan dan meluluskan standard kelayakan profesional bagi pasaran modal.
JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:
✔
Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan?
Harap dapat beri pencerahan tentang private placement/preferences share.
✔ Sila Like Facebook kami https://www.facebook.com/islamicpreferenceshare
✔ Sila Lawati Youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=cZEMrE5fu2U&t=12s
0 Ulasan