Saham Keutamaan (Preference Share) - Malaysia
Pelbagaikan Portfolio Pelaburan Anda...dapatkan sesi penerangan PERCUMA Google Meet..Klik TEMUJANJI ONLINE di bawah

Saham Keutamaan (Preference Share) - Malaysia

Saham Keutamaan

Private Placement

Menurut Bursa Malaysia

Saham ialah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham merupakan pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan perniagaan. Prestasi perniagaan sering boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan harga saham, disebut harga di pasaran saham. (Amanah juga sering dirujuk sebagai saham).

 

Terdapat dua kategori saham yang didagangkan di Bursa Malaysia. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

 

Saham Biasa

Juga dinamakan saham ekuiti, iaitu modal risiko syarikat. Saham biasa memberikan pelabur untuk bersama  memegang hak pemilikan dalam syarikat itu, seperti hak untuk berkongsi keuntungan, hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung, memilih dan memecat pengarah.

Saham biasa kebiasaannya akan membentuk sebahagian besar modal syarikat dan tidak mempunyai hak istimewa ke atas saham lain. Sekiranya berlaku pembubaran syarikat, pembahagian saham biasa berlaku selepas diselesaikan semua urusan liabiliti lain dalam syarikat.Sekiranya syarikat dibubarkan, pemegang saham biasa akan menjadi yang terakhir menerima bahagian pelaburan mereka, setelah pemiutang dan pemegang saham keutamaan dibayar.

 Pemegang saham biasa tidak akan menerima pembayaran dividen pada setiap tahun tetapi pembayaran kepada pemegang saham biasa bergantung pada keputusan pelaburan semula yang dibuat oleh pengarah syarikat.  

 

Saham keutamaan (preference share)

Saham ini memberi hak dividen tetap kepada para pelabur dan para pelabur tidak mempunyai hak-hak istimewa di dalam aspek pengurusan syarikat.

Saham keutamaan (preference share) mengandungi ciri ekuiti dan hutang kerana pembayaran dividen kepada pemegang saham keutamaan (preference share) telah ditetapkan.

Pemegang saham keutamaan (preference share) akan dibayar dividen tetap dan mempunyai keutamaan ke atas aset dan pendapatan syarikat. Oleh itu, pemegang saham keutamaan (preference share) menerima bahagian mereka dari nilai baki syarikat sebelum pemegang saham biasa sekiranya berlaku pembubaran syarikat. 

Di dalam Seksyen 4 Akta Syarikat, saham keutamaan (preference share) dijelaskan sebagai;

“saham dengan apa-apa pun namanya dipanggil, yang tidak memberikan hak kepada pemegangnya hak untuk mengundi di dalam mesyuarat agung atau kepada apa-apa hak untuk menyertai melebihi amaun yang ditetapkan dalam apa-apa pembahagian sama ada secara dividen atau ke atas penebusan, dalam sesuatu penggulungan atau selainnya”



JENIS-JENIS SAHAM KEUTAMAAN (PREFERENCE SHARE)


preference share

 


  • Saham keutamaan (preference share) Penyertaan (Participating)

Pemegang saham memiliki hak khusus kepada pembahagian keuntungan tambahan, selain daripada dividen tetap yang telah dijanjikan. Perkongsian keuntungan ini adalah tidak tetap dan bergantung kepada prestasi tahunan syarikat.

Sekiranya terdapat klausa perkongsian (participation) di dalam perjanjian jual-beli saham, syarikat perlu membayar dividen tambahan kepada pemegang saham keutamaan.


  •  Saham keutamaan (preference share) Boleh Tebus (Redeemable)

Syarikat penerbit wajib membeli semula saham-saham utama ini sepanjang tempoh pembiayaan dengan membuat pembayaran balik kepada para pelabur.

 

  • Saham keutamaan (preference share) Kumulatif (Cumulative)

Pembeli saham mempunyai hak untuk menerima dividen tetap dan juga berhak ke atas mana-mana tunggakan dividen yang telah terkumpul.

Dividen yang tidak dibayar kepada pemegang saham akan dikumpulkan dan dibawa kepada tahun-tahun akan datang.

Syarikat  akan dianggap berhutang dengan pemegang saham sekiranya gagal membayar dividen pemegang saham keutamaan pada tahun semasa; dan syarikat tersebut juga tidak boleh membayar dividen kepada pemegang saham yang biasa sehinggalah dividen yang sepatutnya diterima oleh pemegang saham keutamaan (preference share) dilangsaikan.

 

  • Saham keutamaan (preference share) Bukan Kumulatif (non-cumulative)

Tidak seperti saham  keutamaan kumulatif, pembeli saham adalah tidak mempunyai hak ke atas apa-apa tunggakan dalam dividen.

Sekiranya syarikat gagal untuk membayar dividen kepada pemegang saham keutamaan pada tahun semasa, syarikat tidak dianggap berhutang dengan mereka.

 

  • Saham keutamaan (preference share) Boleh Tukar (Convertible)

Pelabur saham keutamaan (preference share) boleh memilih untuk bertukar menjadi pemegang saham biasa pada masa akan datang sebelum tarikh matang. Pertukaran ini biasanya boleh dilakukan  apabila nilai saham biasa naik melebihi saham keutamaan (preference share). 

Sekiranya ketika matang, semua atau baki masih tidak ditukar, maka syarikat penerbit akan menebus balik dengan membayar nilai nominal atau menukar status saham kepada bentuk yang dipersetujui.


 

  • Saham keutamaan (preference share)  Boleh Panggil (Callable)

Saham jenis ini memberikan keuntungan kepada syarikat pengeluar saham kerana mereka boleh membeli semula saham yang telah diterbitkan dengan nilai yang lebih rendah berbanding harga pasaran.



 

Preference Share

 

Apakah Perbezaan Antara Saham Biasa Dan Saham keutamaan (preference share)?

 

Perbezaan antara saham biasa dengan saham keutamaan (preference share) boleh dilihat daripada aspek faedah, hak dan perkara-perkara yang ditawarkan kepada pemegang saham tersebut.

 

Keuntungan atau dividen untuk saham biasa adalah tidak tetap dan berkonsep ‘unlimited’, sedangkan pemegang saham keutamaan (preference share) akan menerima dividen tetap. Kelebihan saham biasa ialah pada potensi pertumbuhan kewangan syarikat yang memungkinkan berlakunya pengagihan keuntungan atau dividen yang lebih tinggi kepada para pelaburnya.  Pelabur saham biasa mungkin mendahului pelabur saham keutamaan (preference share) dalam soal pendapatan keuntungan, tergantung kepada prestasi syarikat yang mempunyai fasa naik turun pendapatannya yang tersendiri.

 

Walaubagaimanapun, pemegang saham biasa perlu menanggung risiko pelaburan yang lebih tinggi  berbanding  pemegang saham keutamaan; kerana mereka akan menjadi  individu yang terakhir menerima bayaran sekiranya berlaku pembubaran syarikat.

Saham biasa juga lebih berisiko berbanding saham keutamaan (preference share), dari segi ketidaktentuan dalam soal pembayaran dividen dan tuntutan aset aset syarikat yang mungkin menjadi lebih rendah amaunnya berbanding dengan saham keutamaan.

 

 

Pemegang saham keutamaan (preference share) mempunyai kelebihan dari sudut pendapatan tetap yang terjamin serta keutamaan sekiranya syarikat terbubar, tetapi mereka tidak mempunyai kawalan dan tidak dapat mempengaruhi sebarang dasar atau keputusan yang akan dibuat oleh syarikat tempat mereka melabur itu.

Situasi ini adalah berlainan dengan pemegang saham biasa yang boleh mengambil bahagian dan mempunyai ‘suara’ dalam urusan berkaitan keputusan penting syarikat seperti pemilihan ahli Lembaga pengarah.

 

 

Patutkah anda menjadi pelabur saham keutamaan (preference share)?


Preferred Stock Investor


 

Pelaburan ini adalah disyorkan kepada mereka yang menyukai pelaburan jangkapendek yang tidak melebihi tempoh 3 tahun serta mahukan dividen yang kukuh dan lebih tinggi daripada biasa. Ia juga sangat sesuai untuk para pelabur yang kurang kemahiran asas dalam aspek teknikal dan analitikal bursa saham.

Pelaburan saham keutamaan (preference share) adalah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bacaan lanjut berkenaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia boleh diperolehi DI SINI

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dalam mesyuaratnya yang ke-20 pada 14 Julai 1999, telah memutuskan bahawa saham keutamaan asas (bukan kumulatif) adalah diharuskan berasaskan kepada prinsip tanazul.

 

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:




Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private placement/preferences share.

Sila Like Facebook kami https://www.facebook.com/islamicpreferenceshare

Sila Lawati Youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=cZEMrE5fu2U&t=12s

Catat Ulasan

0 Ulasan