Hartalega Holdings Berhad
Pelbagaikan Portfolio Pelaburan Anda...dapatkan sesi penerangan PERCUMA Google Meet..Klik TEMUJANJI ONLINE di bawah

Hartalega Holdings Berhad

Hartalega Holdings Berhad  

Hartalega Holdings Berhad

Hartelega

Hartalega Holdings Berhad telah diasaskan oleh Kuan Kam Hon pada tahun 1981. Hartalega Holdings Berhad memulakan pembuatan sarung getah nitril pada tahun 2005. Kini Hartalega telah menjadi salah satu syarikat pembuatan sarung getah nitril terbesar di dunia. Hartalega Holdings Berhad mempunyai lebih kurang 8 manufacturing facilities, 127 lines dan ribuan pekerja.

PENGELUAR sarung tangan nitril, Hartalega Holdings Bhd akan melabur RM7 bilion untuk tempoh 20 tahun bagi membina Kompleks Pengilangan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) di Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana (SBEZ), Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong berkata, 16 fasiliti pembuatan akan dibina dalam dua fasa di atas tanah seluas 101.17 hektar di SBEZ yang bakal mewujudkan 12,000 peluang pekerjaan.

“Setiap fasa akan melihat lapan fasiliti pembuatan dan sasaran Hartalega adalah fasa pertama siap pada 2024,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli di antara Hartalega NSM Sdn Bhd dan Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd di sini, semalam.

Hartalega NSM adalah anak syarikat Hartalega Holdings manakala Northern Gateway adalah entiti milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Majlis itu disaksikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Kuan berkata, pengembangan operasi penting bagi Hartalega untuk mempercepatkan kapasiti penghasilan dengan mengambil kira perspektif jangka panjang ke arah peningkatan struktur dalam permintaan global.

“Strategi pertumbuhan Hartalega tetap tertumpu pada Malaysia memandangkan ekosistem dan rantaian bekalan yang komprehensif untuk sektor sarung tangan.

“Tambahan lagi, pelaburan langsung domestik ini akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara serta memacu pembangunan ekonomi di wilayah utara,” katanya.

Beliau berkata, fasiliti Hartalega di Kedah selepas siap dijangka menyumbang hampir lima peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kedah.

“Pelan pengembangan jangka panjang di Kedah akan menambah 80 bilion keping sarung tangan setiap tahun menjadikan kapasiti pembuatan Hartalega meningkat kepada 143 bilion keping setiap tahun,” katanya.

Rujukan = https://www.malay.news/hartalega-akan-labur-rm7b-dalam-20-tahun/
 

Rujukan = https://hartalega.com.my/

 

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:


 

Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private placement/preferences share.

Sila Like Facebook kami https://www.facebook.com/islamicpreferenceshare

Sila Lawati Youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=cZEMrE5fu2U&t=12s

 

Catat Ulasan

0 Ulasan