Pelaburan Peralatan Personal Protective Equipment (PPE) di Malaysia
Pelbagaikan Portfolio Pelaburan Anda...dapatkan sesi penerangan PERCUMA Google Meet..Klik TEMUJANJI ONLINE di bawah

Pelaburan Peralatan Personal Protective Equipment (PPE) di Malaysia

 Pelaburan Peralatan Personal Protective Equipment (PPE) di Malaysia



PPE

Peralatan pelindung diri (PPE)

Peralatan pelindung diri (PPE)  digunakan dengan tujuan melindungi individu yang bekerja di lapangan tertentu seperti di hospital atau makmal penyelidikan, daripada terdedah kepada ancaman biologi, kimia dan juga radioaktif. PPE juga bertujuan mencegah pemindahan bahan berbahaya seperti virus daripada pesakit atau kawasan yang telah tercemar kepada orang lain.


Peralatan perlindungan diri banyak digunakan di tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti kawasan pembinaan, kilang pembuatan, dan hospital.PPE diperlukan supaya tubuh petugas atau orang-orang yang terlibat tidak terdedah kepada bahaya virus atau lain-lain ancaman yang boleh berlaku melalui udara, sentuhan kulit atau permukaan benda dan juga melalui makanan atau minuman.


Jenis-jenis PPE yang berlainan boleh digunakan bergantung pada tahap bahaya sesuatu situasi, contohnya seperti yang berlaku pada masa sekarang, iaitu penyebaran virus COVID-19.PPE juga digunakan  semasa berlakunya peperangan senjata biologi atau  kimia serta  agen radioaktif.


PPE



 Para doktor serta jururawat, kebiasaannya akan menggunakan peralatan pelindung diri untuk melindungi diri daripada percikan darah atau cecair badan pesakit yang sedang dirawat di hospital.

 

Para petugas kesihatan termasuklah doktor, jururawat, petugas hospital, penyelamat awam atau pekerja penjagaan kecemasan memerlukan peralatan perlindungan diri semasa mereka berdepan dengan persekitaran yang telah atau disyaki terkontaminasi dengan virus, sebagai satu langkah pencegahan supaya jangkitan itu tidak merebak kepada diri dan juga orang lain di sekitarnya.


Berdasarkan sumber rujukan daripada portal myhealth , peralatan PPE ini juga digunakan semasa proses bedah siasat forensik di hospital bagi mengelakkan doktor serta kakitangan lain yang bertugas terkena percikan darah atau bahan biologi yang lain semasa bedah siasat dilakukan.Peralatan PPE yang lebih khusus akan digunakan dalam kes-kes seperti rawatan penyakit berjangkit seperti COVID-19.


Antara peralatan yang biasa digunakan ketika ini ialah sarung tangan getah, pelbagai alat perlindungan pernafasan , apron, sarung tangan getah, kasut but, cermin mata (goggle), topeng muka dan pelindung muka, pelindung kaki dan juga pelitup badan dengan ketebalan dan kualiti yang berbeza-beza mengikut situasi di hospital.


Jabatan Perubatan Forensik juga bertanggungjawab melakukan analisa terhadap spesimen yang dikumpul semasa proses bedah siasat. PPE juga diperlukan semasa proses menganalisis spesimen ini. Peralatan yang biasa digunakan bagi mengelak daripada terkena percikan bahan-bahan biologi (spesimen) atau bahan kimia yang digunakan semasa analisis dijalankan ialah apron, sarung tangan getah, topeng muka dan mulut serta cermin mata (goggle).


 Bagi mengurangkan insiden kecederaan akibat peralatan tajam, semua kakitangan yang terlibat biasanya akan memakai sarung tangan yang lebih daripada satu lapis. Ketebalan sarung tangan akan dapat mengurangkan kecederaan sekiranya terkena benda tajam.

 

Peralatan perlindungan diri untuk kes penyakit berjangkit dan kes yang berisiko tinggi adalah amat dititikberatkan semasa bedah siasat. Peralatan perlindungan diri yang digunakan juga adalahsedikit  berbeza daripada yang digunakan dalam kes-kes bedah siasat yang biasa. Terdapat kes-kes bedah siasat yang melibatkan mayat berisiko tinggi seperti kes COVID-19 dan juga virus H1N1 beberapa tahun sebelum ini. 

Menurut portal myhealth,  untuk mayat yang disyaki atau disahkan mempunyai berpenyakit berjangkit seperti H1N1, bedah siasat akan dijalankan di dalam bilik bedah siasat tahap dua dan ke atas. Semua kakitangan yang terlibat perlu memakai alat pernafasan yang mempunyai sistem ventilasi yang berkesan supaya udara yang disedut adalah bersih daripada segala kuman dan bakteria. Keadaan ini bertujuan untuk mengurangkan risiko untuk penyakit berkenaan berjangkit kepada kakitangan yang terlibat.

Dari segi penjagaan peralatan, pemeriksaan yang teratur secara berkala sentiasa dilakukan bagi menjamin semua peralatan berada dalam keadaan yang baik dan sedia untuk digunakan apabila diperlukan.Tarikh luput peralatan dan kebersihan permukaan peralatan turut diperiksa supaya  tiada peralatan yang tamat tempoh atau ditumbuhi kulat.

 

PPE



Kebanyakan peralatan perlindungan diri akan digunakan sekali sahaja dan terus dibuang dan dilupuskan selepas digunakan. Hospital biasanya akan mempunyai bilangan PPE yang sangat banyak, terutama dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, bagi menampung kegunaan harian yang meningkat. Keadaan ini menjadikan syarikat-syarikat pengeluar PPE sentiasa dapat mengaut keuntungan disebabkan wujudnya  permintaan yang tinggi dan berterusan terhadap pakaian perlindungan diri ini.

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private placement/preferences share.

Sila Like Facebook kami https://www.facebook.com/islamicpreferenceshare

Sila Lawati Youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=cZEMrE5fu2U&t=12s

 

Catat Ulasan

0 Ulasan