Energy Eco Berhad
![]() |
Energy Eco Berhad |
Syarikat ENERGY ECO SDN BHD telah ditubuhkan pada bulan
Disember 2017. Syarikat ini memfokuskan kepada perdagangan pelbagai jenis
komoditi dan juga ‘dry products’. Energy Eco giat membekalkan komponen untuk industry
minyak dan gas serta pembuatan minyak masak dan lain-lain.Kami adalah syarikat
perdagangan yang terlibat dalam begitu banyak komoditi dan produk kering.
Energy Eco banyak mengaplikasikan teknologi hijau daripada
Jepun dalam perusahaannya. Teknologi hijau mampu memberi penjimatan yang besar
kepada pengguna dalam penggunaan diesel untuk aktiviti perdagangan syarikat mereka.
Penjimatannya adalah sehingga 20 hingga 35 peratus seliter. Teknologi hijau ini
dapat mengurangkan pelepasan karbon di udara sehingga 50 peratus.
Syarikat Energy Eco dipengerusikan oleh Datuk Mohd Daud bin Bakar. Bacaan lanjut berkenaan Datuk Mohd Daud bin Bakar boleh diperolehi DI SINI
Nur Ameera Badrul Hisham bertindak sebagai Pengarah Syarikat, manakala
Norliza Tajudin memegang jawatan sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan dan Jualan.
Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatan Energy Eco ialah Sapura Energy, Exxon, Shell dan juga Petronas.
Energy Eco teribat dalam penghasilan teknologi hijau Plasma
Emulsion. Plasma Emulsion adalah bahan
bakar baru yang dibuat dari gabungan minyak diesel atau jenis ‘heavy oil’ yang
lain dan dicampur dengan sejenis air khas. Plasma Emulsion dapat mengekalkan
kualitinya dalam jangka masa panjang tanpa perlu menggunakan agen pengawet. Pelepasan
karbon dioksida berjaya dikurangkan
dengan ketara (lebih dari 40 peratus) dengan Plasma Emulsion berbanding dengan
produk petroleum halus biasa. Pembangunan dan penggunaan teknologi Plasma
Emulsion pastinya akan memberikan sumbangan besar kepada pemeliharaan alam
sekitar untuk jangkamasa panjang.
Selain daripada memasarkan teknologi plasma emulsion, Energy
Eco juga terlibat dalam penghasilan sarung tangan getah untuk kegunaan pelbagai
sektor, termasuklah perubatan dan kesihatan, makmal penyelidikan dan juga bidang
penyediaan makanan.
Sarung tangan keluaran Energy Eco mempamerkan beberapa
ciri-ciri terbaik seperti:
- Sangat selesa dan fleksibel
- Ringan dan tidak terlalu tebal
- Dihasilkan 100% daripada bahan biomas bagi mengurangkan emisi karbon dan seterusnya menjamin kelestarian alam sekitar
- Mempunyai kekuatan tegangan 40MPa melebihi jenis sarung tangan nitril yang jauh lebih tebal di pasaran
- Mematuhi standard keselamatan EN455 / ASTM D6319 dan PPE Kategori III yang disahkan
JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:
✔
Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan?
Harap dapat beri pencerahan tentang private placement/preferences share.
✔ Sila Like Facebook kami https://www.facebook.com/islamicpreferenceshare
✔ Sila Lawati Youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=cZEMrE5fu2U&t=12s
0 Ulasan