Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
Pelbagaikan Portfolio Pelaburan Anda...dapatkan sesi penerangan PERCUMA Google Meet..Klik TEMUJANJI ONLINE di bawah

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

 Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

 Dr. Mohd Daud Abu Bakar

 

Datuk Dr.Mohd Daud bin Bakar ialah pengasas dan Pengerusi kumpulan Syarikat Amanie, sebuah syarikat yang menyediakan khidmat perundingan berkaitan kewangan dan perbankan Islam.


Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah bermula daripada tahun 1989 di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dari tahun 2002 hingga 2005 di universiti yang sama.


Pada masa kini, beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Central Bank Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan juga Labuan Financial Services Authority dan juga. Beliau juga berada dalam Lembaga Penasihat Shariah bagi International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM). Beliau juga memegang jawatan Pengerusi kumpulan pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM).


Dalam dunia korporat, beliau menjadi “Board Director” di Sime Darby Berhad dan juga ahli dalam PNB Investment Committee.


Dalam penglibatan dan sumbangan beliau di luar negara, Datuk Dr. Mohd Daud ialah ahli lembaga penasihat Shariah bagi Dow Jones Islamic Market Index (New York), Muzn Islamic Banking (The National Bank of Oman), BNP Paribas (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London, Abu Dhabi Bank dan Middle East (London).


Pendidikan

Datuk Dr. Mohd Daud mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru, Alor Setar, Kedah (1970-1976). Beliau kemudian menyambung pengajian menengah di Maktab Mahmud yang juga terletak di Kedah, sehingga Tingkatan 3 dan kemudiannya berpindah ke Kolej Islam Klang pada tahun 1980 hingga 1983 selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada ketika itu.


Dr.Mohd Daud mengambil ijazah pertama dalam bidang Shariah di Kuwait University pada tahun 1983 hingga 1988. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam bidang Usul Fiqh di University of St.Andrews, Scotland pada tahun 1990 hingga 1993.


Perjalanan Datuk Dr. Mohd Daud dalam bidang konsultasi kewangan Islam untuk institusi perbankan bermula pada tahun 1994 dan penglibatan aktif beliau berterusan sehingga sekitar tahun 2005. Pada tahun itu juga beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan terakhir beliau di Universiti Islam Antarabangsa sebagai Timbalan Naib Canselor bagi menubuhkan syarikat perundingan Shariahnya sendiri, iaitu Amanie Advisors.


Tiga tahun selepas memperolehi ijazah doktor falsafah, Dr. Mohd Daud  mengambil program ijazah kedua di Universiti Malaya dalam bidang Fekah dan menamatkan pengajian pada tahun 2002.


Datuk Dr. Mohd Daud telah menulis dan menerbitkan banyak artikel di dalam pelbagai jurnal akademik. Beliau juga telah membuat pembentangan dalam pelbagai persidangan antarabangsa  di serata dunia.


Buku

 Datuk Dr. Mohd Daud telah menulis dan menerbitkan buku pertamanya yang bertajuk “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of a Shariah Scholar”. Buku tulisan beliau telah memenangi anugerah “ Islamic Finance Book of the Year 2016” daripada Global Islamic Finance Award.


Anugerah

 Pada tahun 2014,Datuk Dr. Mohd Daud telah menerima  pengiktirafan sebagai “Most Outstanding Individual”  atau Tokoh Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada ketika itu ketika berlangsungnya majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan. Pada tahun 2016, beliau telah dipilih untuk menerima “Award of excellence for Outstanding Contribution for Shariah Advisory” di London Sukuk Summit Awards dan juga “Shariah Advisor Award” di dalam Asset Triple A Islamic Finance Award.Beliau juga telah tersenarai dalam kalangan 5 penasihat Shariah terkemuka di dunia.


Sehingga kini, Datuk Dr. Mohd Daud masih lagi gigih memberi sumbangan kemahiran   inteleknya dan menjadi penyokong kuat dalam bidang kewangan Islam. Syarikat yang ditubuhkannya telah berkembang maju sehingga ke peringkat global dan memiliki beberapa pejabat urusan di seluruh dunia.

Rujuk laman web rasmi Datuk Dr Mohd Daud Bakar <SINI>


JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:


Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private placement/preferences share.

Sila Like Facebook kami https://www.facebook.com/islamicpreferenceshare

Sila Lawati Youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=cZEMrE5fu2U&t=12s

 

Catat Ulasan

0 Ulasan