Preferred Stock vs. Loan Stock
Pelbagaikan Portfolio Pelaburan Anda...dapatkan sesi penerangan PERCUMA Google Meet..Klik TEMUJANJI ONLINE di bawah

Preferred Stock vs. Loan Stock

Preferred Stock VS Loan Stock


preffered stock

Preferred Stock 

Preferred Stock  atau preference share (saham keutamaan), biasanya diterbitkan oleh sesebuah syarikat sebagai usaha untuk mendapatkan modal baru atau menambah modal sedia ada.

Pelabur saham ini tidak mempunyai ‘voting right’ atau kuasa mengundi dan bersuara di dalam syarikat. Dividen preferred stock perlu dibayar kepada para pelaburnya, sebelum sebarang dividen boleh dibayar kepada pemegang saham biasa.

Pelabur preferred stock akan menerima dividen tetap, tidak sama seperti pemegang saham biasa yang nilai keuntungannya bergantung kepada prestasi kewangan syarikat. Dividen tetap yang bakal diperolehi pemegang saham keutamaan (preferred stock) ini berdasarkan peratusan daripada nilai nominal/nilai tara saham.


Terdapat beberapa jenis preferred stock iaitu:

 

• Participating preference share

Sekiranya syarikat berkembang maju dan prestasi kewangan meningkat, para pelabur berhak mendapat penambahan dalam dividen atau  keuntungan selain daripada dividen tetap


• Cumulative preference share

Pemegang saham keutamaan mempunyai hak untuk menerima tunggakan dividen yang meningkat, selain daripada menerima dividen tetap. Jumlah ini sekiranya terkumpul dan tidak diselesaikan dalam tahun semasa, ianya dianggap hutang terkumpul yang mesti dijelaskan kepada pemegang saham keutamaan


• Non-cumulative preference share

Walaupun berlaku peningkatan pendapatan syarikat, para pelabur saham keutamaan tidak berhak untuk mendapat dividen tambahan dan ianya tidak dianggap tertunggak sekiranya tidak dijelaskan oleh pihak syarikat penerbit saham


• Redeemable preference share

Syarikat penerbit saham boleh menebus saham ini dengan harga penebusan yang telah dinyatakan dalam notis awal pada suatu jangkamasa tertentu. Harga penebusan saham keutamaan jenis ini oleh pihak syarikat biasanya melebihi nilai par bagi mengelakkan pemegang saham mengalami kerugian dalam pelaburan mereka.


• Convertible preference share

Pemegang saham keutamaan jenis ini boleh memilih untuk menjadi pemegang saham biasa atau jenis lain. Biasanya pertukaran dibuat apabilai nilai keuntungan saham biasa melebihi keuntungan preference share.



Terdapat beberapa kebaikan dan kelebihan  preferred stock, dilihat daripada perspektif syarikat penerbit saham dan juga para pelabur atau pemegang saham.
 

Kebaikan untuk syarikat penerbit ;

  • Syarikat boleh menetapkan kos pembiayaan saham keutamaan (kerana dividennya tetap), dan menyimpan keuntungan yang lebih ini untuk diagihkan kepada pemegang-pemegang saham biasa.
  • Kadar pulangan dividen yang tetap mengelakkan berlakunya pertikaian dan masalah tuntutan daripada para pelabur sekiranya mereka (pihak syarikat) memperolehi keuntungan yang rendah atau mengalami kerugian yang tidak mengizinkan mereka membayar pulangan dividen tetap.
  • Hal-ehwal pengurusan dan pegangan syarikat tidak perlu dikongsi dengan pelabur-pelabur saham keutamaan.

 

Dari perspektif pelabur pula, kebaikan memilih preferred stock ini ialah;

 

  • Mendapat jaminan pulangan dan pendapatan yang stabil kerana kadar dividennya sudah ditetapkan
  • Sekiranya terjadi apa-apa masalah sehingga menyebabkan pembubaran syarikat, pemegang saham preference share akan diutamakan untuk mendapat pembayaran selepas hutang-hutang syarikat dan segala tuntutan aset diselesaikan

 

 

saham keutamaan

 

Apakah maksud Loan Stock?

 

Loan stock atau saham pinjaman, menurut  Bursa Malaysia :

 

“Saham pinjaman ialah sekuriti yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat berkaitan dengan pinjaman yang dibuat oleh pelabur. Saham pinjaman dikelaskan kepada jenis bercagar(secured loan stock), tidak bercagar (unsecured loan stock ), boleh tukar (convertible) ataupun tidak boleh tukar tetapi biasanya tidak bercagar tidak seperti debenture”

 

Jenis-jenis Saham Pinjaman

  • Saham pinjaman tidak bercagar (unsecured loan stock) membawa risiko lebih tinggi daripada debenture, dan sekiranya berlaku pembubaran, pemegang saham pinjaman tidak bercagar adalah setaraf dengan penghutang tidak bercagar lain.

  • Saham pinjaman boleh tukar(convertible loan stock) mempunyai hak untuk ditukar kepada saham biasa syarikat atas terma yang telah diatur dan dipersetujui lebih awal dan dalam tempoh terhad. Objektif menerbitkan saham pinjaman boleh tukar adalah untuk mendapatkan kewangan faedah tetap pada kadar faedah agak rendah dan pada masa yang sama menjadikannya menarik kepada pemegang berpotensi dengan tawaran penyertaan ekuiti pada tarikh kemudian.

  •  Terdapat juga sekuriti pendapatan tetap dengan tarikh matang,dan mungkin boleh atau tidak boleh dituntut.

 

Kelebihan Convertible Unsecured Loan Stock:

  1. Para pelabur boleh memilih untuk bertukar daripada saham pinjaman kepada saham biasa
  2. para pelabur dibayar faedah tetap apabila sampai tempoh matang
  3. Pelabur juga akan mendapat pertambahan modal apabila sekuriti pinjaman ditukar kepada saham biasa sekiranya harga saham meningkat naik
  4. Saham pinjaman lebih mudah dijual disebabkan ianya boleh ditukar kepada saham biasa
  5. Kos pinjaman syarikat dapat dikurangkan dengan Convertible Unsecured Loan Stock dan syarikat dapat mengeluarkan ekuiti tidak langsung yang lebih berfaedah berbanding menjual saham biasa

 

 

Kesimpulannya, semua pelaburan mempunyai risiko yang perlu diteliti dan diambilkira, sama seperti pelaburan-pelaburan lain. Dengan melihat kepada situasi trend perniagaan dan juga prestasi syarikat , para pelabur boleh menilai tahap risiko yang perlu didepani. Risiko pelaburan preference share atau saham keutamaan ini  bolehlah dikategorikan sebagai ‘calculated risk’, dan ianya berbaloi untuk dipertimbangkan.

 

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:


 


Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private placement/preferences share.

Sila Like Facebook kami https://www.facebook.com/islamicpreferenceshare

Sila Lawati Youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=cZEMrE5fu2U&t=12s

Catat Ulasan

0 Ulasan