Potensi Industri Sarung Tangan Getah
Pelbagaikan Portfolio Pelaburan Anda...dapatkan sesi penerangan PERCUMA Google Meet..Klik TEMUJANJI ONLINE di bawah

Potensi Industri Sarung Tangan Getah

 Potensi Industri Sarung Tangan Getah

potensi industri sarung tangan getah


Walaupun ekonomi global mengalami kemerosotan yang ketara berikutan pandemik COVID-19, lain pula kisahnya dengan industri sarung tangan getah yang sebaliknya telah melonjak mengatasi jangkaan pasaran dan mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan.


Menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), permintaan terhadap sarung tangan getah dijangka terus mencatatkan pertumbuhan dua angka selepas berlakunya pandemik COVID-19.


Perkembangan industri sarung tangan getah sebelum pandemik, dalam tempoh 15 tahun ke belakang, telah mencatatkan pertumbuhan baik iaitu antara lapan hingga 10 peratus. Jumlah pertumbuhan ini telah mengalami peningkatan sehingga 25 peratus ketika berlakunya pandemik COVID-19 kerana permintaan terhadap sarung tangan getah meningkat.


Bagi tahun 2021, pendapatan industri ini dijangka berjumlah sekitar RM36 bilion sehingga RM38 bilion, berikutan permintaan dan keperluan terhadap sarung tangan getah yang masih tinggi untuk sektor kesihatan, walaupun vaksin telah dibangunkan dan diedarkan ke seluruh dunia.


Menurut Majlis Getah Malaysia (MRC) , produk berasaskan susu getah seperti sarung tangan getah, tiub getah dan alat perancang keluarga iaitu kondom, telah  mencatatkan peningkatan keseluruhan sebanyak 250.6 peratus disebabkan permintaan yang tinggi pada waktu  krisis pandemik yang masih berlarutan saat ini. Sektor barangan berasaskan susu getah ini menjadi penyumbang majoriti untuk nilai eksport getah negara, dengan nilai sekitar 89.5 peratus atau 19.5 bilion Ringgit.


potensi industri sarung tangan getah


Amerika Syarikat (AS) dan Eropah serta pasaran baru di rantau Asia menjadi pasaran eksport sarung tangan getah utama negara dan jumlah permintaan global dijangka meningkat disebabkan krisis pandemik COVID-19 yang masih berterusan.

 

Pada tahun 2020, Malaysia telah membekalkan sebanyak 240 bilion sarung tangan getah ke seluruh dunia dan jumlah ini mewakili hampir 65 peratus daripada jumlah permintaan global. Permintaan sarung tangan getah melonjak kerana ianya digunakan bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga dalam sektor lain seperti  pembungkusan atau pembuatan makanan dan minuman.

 

Bahagian pasaran Malaysia dijangka meningkat kepada 68 peratus apabila negara membekalkan 280 bilion sarung tangan getah pada tahun depan (berbanding permintaan dunia 410 bilion) daripada 67 peratus pada 2020 (permintaan dunia 360 bilion).

 

Empat pengeluar sarung tangan utama di Malaysia ialah Top Glove Berhad, Hartalega Holdings, Kossan Rubber Industries Berhad dan Supermax Corp Berhad telah merekodkan nilai urus niaga lebih daripada RM40 bilion (13.5 peratus daripada semua urus niaga di Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBMKLCI) pada tahun 2020. Industri penghasilan sarung tangan getah secara keseluruhannya telah mendominasi bursa saham  tempatan pada tahun 2020.

Malaysia yang memegang 65 peratus daripada bahagian pasaran sarung tangan global telah menyaksikan syarikat yang tersenarai di bursa tempatan mencatatkan kenaikan harga saham yang pesat berikutan permintaan yang kukuh.



Top Glove dan Hartalega adalah antara 30 syarikat utama yang tersenarai di FTSE Bursa Malaysia KLCI dari segi permodalan pasaran,menyaksikan nisbah harga kepada pendapatan (PE) mereka meningkat kepada lebih 75 peratus sepanjang tempoh itu.

Bagi syarikat lain, kenaikan saham diterajui oleh Supermax yang melonjak lebih 1000 peratus dalam tempoh berkenaan.

 

Dari segi permodalan pasaran, Top Glove bernilai RM62.97 bilion, Hartalega (RM42.64 bilion), Supermax (RM19.33 bilion) dan Kossan Rubber (RM13.66 bilion).

Memetik laporan Berita Harian, Top Glove, yang menguasai 26 peratus bahagian pasaran global dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 80.2 bilion helai sarung tangan, menyaksikan prestasi sahamnya melonjak lebih daripada 400 peratus.

 

Selain di Malaysia, kilang pengeluaran Top Glove juga terdapat di Thailand, Vietnam dan China yang membolehkannya mengeksport ke lebih 2,000 pelanggan di 195 negara di seluruh dunia. Top Glove juga tersenarai di Pasaran Saham Singapura sejak 2016.



 

nitrile glove

Sehingga hari ini,kes-kes COVID-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan di seluruh dunia. ‘Gelombang virus’ yang datang dan pergi secara tidak menentu, menjadikan masyarakat masih perlu menjaga prosedur operasi standard dalam penjagaan kesihatan serta meneruskan kehidupan harian dalam norma baharu. Hal ini akan meningkatkan permintaan dalam industri sarung tangan getah dan terus memacu pertumbuhan industri ini. Trend pertumbuhan positif dalam industri sarung tangan getah dijangka berterusan pada tahun 2022 disebabkan seluruh dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik global COVID-19.

 

 

Para penganalisis kewangan dan ekuiti meramalkan yang sektor industri sarung tangan getah akan terus stabil, menjadikan pelaburan dalam syarikat-syarikat ini sebagai satu tindakan yang bijak untuk diambil ketika ini.

 

 

 

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:


Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private placement/preferences share.

Sila Like Facebook kami https://www.facebook.com/islamicpreferenceshare

Sila Lawati Youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=cZEMrE5fu2U&t=12s

 

Catat Ulasan

0 Ulasan