Amanie Advisors
Pelbagaikan Portfolio Pelaburan Anda...dapatkan sesi penerangan PERCUMA Google Meet..Klik TEMUJANJI ONLINE di bawah

Amanie Advisors

 Amanie Advisors

amanie advisors

Amanie Advisors Sdn. Bhd. (Amanie) adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan  konsultasi atau khidmat nasihat berkaitan servis kewangan Islam bagi pelbagai institusi dan juga klien korporat. Di samping itu Amanie juga menyediakan latihan dan kursus berkaitan bidang ini serta komited melakukan penyelidikan berterusan bagi pembangunan bidang kewangan Islam ini.

 

Amanie juga memfokuskan kepada aspek pembangunan sumber manusia dan modal insan dengan menyediakan pembelajaran dan latihan berkualiti dalam bidangnya, mencakupi isu-isu global terkini berkaitan produk serta servis kewangan Islam.



mohd daud bakar


 

Syarikat ini diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang tokoh dan pakar  yang tersohor dalam bidang konsultasi kewangan Islam berlandaskan prinsip-prinsip shariah. Bacaan lanjut mengenai Dr. Mohd Daud Bakar, boleh diperolehi DI SINI.

 

Syarikat ini turut disertai oleh ahli pasukan mantap, terdiri daripada barisan perundingcara yang pakar dalam bidang perbankan Islam dan juga industri kewangan dalam negara dan juga peringkat pasaran global. Malah bukan itu sahaja, Amanie turut mempunyai barisan  konsultan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman meluas dalam bidang-bidang seperti shariah, pelaburan perbankan, perundangan, ekonomi, perakaunan, pengurusan risiko, kewangan korporat dan juga perancangan strategik serta pengurusan aset.

 

Amanie telah bergerak aktif sejak lebih daripada 12 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan konsultasi berkaitan pelaburan patuh shariah termasuklah ‘capital market’, ‘unit trust funds’ dan juga pengurusan dana. Setakat ini, Amanie telah dilantik menjadi penasihat shariah untuk lebih daripada 150 dana di dalam dan juga di luar negara.

 

Amanie mempunyai Lembaga penasihat shariahnya yang terdiri daripada empat pakar bidang shariah yang tersohor di peringkat global iaitu:


  • Dr. Mohd Ali Elgari daripada Arab Saudi
  • Dr. Mohd Daud Bakar dripada Malaysia
  • Dr. Muhammad Amin Ali Qattan daripada Kuwait
  • Dr. Osama Al-Dereai daripada Qatar

 

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Amanie ialah:


  1. Perundingan/Konsultasi Shariah
  2. Pembangunan, penstrukturan dan pengiklanan produk perbankan dan “capital market’
  3. Pengauditan, semakan dan pengurusan risiko pematuhan shariah
  4. Rangkakerja pengurusan shariah dan polisi perbankan Islam
  5. Penubuhan entiti Islamik dan “conversion exercises”

 

Amanie telah menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Antaranya ialah:



  1. Islamic Economy Award dalam kategori Islamic Economy Knowledge Infrastructure di Global Islamic Economy Summit (GIES) pada tahun 2015
  2. Best Shariah Advisory Firm  di  Global Islamic Finance Awards  pada tahun 2016 dan 2017
  3. Award of Excellence for Outstanding Contribution for Shariah Leadership & Advisory di London Sukuk Summit Awards pada tahun 2016
  4. Best Local Currency Sukuk (Cagamas 500 Million Ringgit Murabaha Sukuk)  di The Asset Triple A Awards pada tahun 2016
  5. Best SRI Sukuk (Khazanah Nasional 100 Million Ringgit Wakala Al-Istithmar) di The Asset Triple A Awards pada tahun 2016

 

Pengasas kumpulan Amanie dan juga Pengerusinya, Datuk Dr. Mohd Duad Bakar, pernah menerima anugerah daripada pemerintah kerajaan United Arab Emirates (UAE),  Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dalam satu majlis anugerah berprestij di Dubai. Anugerah tahunan ini mengiktiraf inisiatif dan idea perniagaan bertaraf dunia yang menyumbang kepada kebajikan social dan ekonomi populasi Muslim.

Usaha-usaha yang dijalankan oleh Amanie termasuk dalam bidang “Islamic Economy Knowledge Infrastructure”, salah satu kategori utama daripada lapan kategori dalam majlis anugerah ini.

 

Antara pencapaian Amanie setakat hari ini ialah:

 

  • Menjadi penasihat shariah dan menjalankan semakan pematuhan shariah dalam bidang pelaburan bagi Bursa Malaysia
  • Menjadi penasihat untuk program sukuk terbesar oleh badan korporat di Eropah sehingga hari ini
  • Menjadi penasihat shariah untuk produk dagangan kewangan bagi Banque Saudi Fransi
  • Membangunkan standar shariah bagi transaksi emas untuk World Gold Council  (WGC) dan juga Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI)
  • Menjadi penasihat untuk  dana patuh  shariah Australia (Piety Fund Management, Farringdon Asset Management) serta  Silver Bullion di  Singapore
  • Membangunkan rangkakerja regulatori perbankan Islamik dan standard shariah untuk Afghanistan
  • Berkolaborasi dengan CIMA (Chartered Institute of Management Accountants, UK) untuk mewujudkan CIMA Diploma in Islamic Finance and CIMA Advanced Diploma in Islamic Finance Structuring and Strategy
  • Menyediakan program latihan profesional bagi Kementerian Kewangan Brunei, Shariah Professional Development Programme - Centre For Islamic Banking, Finance And Management (CIBFM)

 Rujuk Laman web rasmi Amanie Advisors <SINI>

 

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:


Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private placement/preferences share.

Sila Like Facebook kami https://www.facebook.com/islamicpreferenceshare

Sila Lawati Youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=cZEMrE5fu2U&t=12s



Catat Ulasan

0 Ulasan